Petikan dari Berita Harian,16.07.07
Oleh Azrul Affandi Sobry
KUALA LUMPUR: Lebih 50,000 guru bukan siswazah yang
dinaikkan gred DGA41 selepas menamatkan pengajian
peringkat ijazah, mendakwa dianiaya kerana menerima gaji lebih rendah berbanding guru bukan
graduan.
Malah, mereka juga dikatakan kehilangan status
kekananan kerana terpaksa meletak jawatan dalam skim lama sebelum dilantik
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah.
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Anuar Ibrahim,
berkata guru terbabit sebenarnya mengalami kerugian berbanding rakan mereka
yang tidak menyambung pelajaran.
.....
Katanya, guru berkhidmat hampir 10 tahun dan menyambung
pelajaran tidak layak mendapat kenaikan pangkat ke gred DGA32 secara time based
(tempoh masa) yang biasanya diperoleh selepas 10 tahun perkhidmatan.
“Masalahnya selepas dilantik dalam skim siswazah (DGA41), gaji mereka jauh
lebih rendah berbanding guru yang tidak sambung belajar, tetapi mendapat
kenaikan gred DGA32 secara time based, sedangkan tempoh perkhidmatan
kedua-duanya sama.
“Perbezaan itu lebih ketara kerana guru DGA32 mendapat kenaikan gaji sebanyak
25 peratus berbanding 15 peratus bagi DGA41 bermula bulan ini,” katanya kepada
Berita Harian.
Anuar berkata, keadaan itu memberi kesan negatif terhadap usaha Kementerian
Pelajaran untuk menggalakkan semua guru sekolah menengah dan sekurang-kurangnya
50 peratus guru sekolah rendah memiliki ijazah menjelang 2010.
“Guru yang dilantik ke skim siswazah selepas begitu lama berkhidmat dalam skim
terdahulu, juga akan kehilangan status kekananan apabila dilantik sebagai
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah,” katanya.
*Telah selesai dengan keluarnya PP bil. 20, 2007. Boleh rujuk berita yang dihantar oleh matskai.
kings.